Monday, May 9, 2011

Aku. Kamu.






Entah mengapa, hati ini teringat dia kembali. Sungguh sukar melupakan dirinya. Tempoh perkenalan yg lama, membuat diri ini tidak menyedari bahawa hati ini sentiasa di kotori maksiat.

Sunnguh aku bukan mahu menyalahkan dirimu. Tapi sekadar mahu agar kita sama-sama berfikir tentang kita. Tidak dinafikan, aku juga sepertimu yg amat berat untuk meninggalkan perkara ini.

Bagiku tempoh perkenalan kita selama tiga tahun bukanlah satu tempoh yang pendek.

Banyak yang kita saling kongsikan. Banyak perkara yang kita belajar bersama. Meskipun hubungan kita hanya sekadar hubungan tanpa lisan sahaja (baca : sms ), tp tetap banyak perkara yang aku pelajari darimu.

Aku sekali-kali tidak akan melupakanmu sebagai seorang individu yang mewarnai perjalanan tarbiyah aku. Yang hanya aku mampu mendoakan, agar Allah akan memasukkan kamu kedalam syurga Firdaus kelak.

Tanpa kita sedari, semakin lama kita semakin dewasa. Yup ! Umur kita muda. Tetapi bagiku, kematangan itu bukan semata-mata faktor usia.

Perhatikan saja dunia ini.

Ramai orang yang merasakan dirinya telah matang (baca : lebih tua ), tapi hakikatnya diri mereka tidak ubah seperti kanak-kanak yang mana sentiasa menangis bilamana di ambil mainan daripadanya.

Mereka merasakan diri mereka sangat matang, walhal pemikiran mereka masih sangat kebudak-budakan. ( Ouh, mcm la aku ni matang sgt~ ^^)

Semakin lama dalam tarbiyah ini, semakin jauh kaki ku melangkah dalam alam tarbiyah ini, aku merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di dalam kehidupan aku terutama dalam perhubungan kita.

Entah mengapa diri ini merasakan seoalh-olah kita sendiri telah tertipu dengan pendangan-pandangan kita.

Aku merasakan bahawa tanpa kita sedari, kita sedang berenak bermaksiat kepada Allah.

Jalan dakwah ini, bukanlah satu jalan yang mudah. Satu jalan yang sangat-sangat mencabar. Kekuatan seorang daie itu tidak lain hanya bersumber dengan sejauh mana dirinya menjaga hubungannya dengan Allah Taala.

Jalan-jalan yang kita sedang lalui ini, adalah jalan yang sentiasa memerlukan wang, tenaga, masa kita. Malah juga amat memerlukan air mata kita, di mana saatnya seorang hamba itu mengau kepada Penciptanya.

Tapi tenanglah kita dengan janji-janji Allah.

" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada diri orng beriman itu, baik diri mahupun harta mereka, dengan memeberikan syurga kepada mereka ". ( At-Taubah : 111 )

Aku juga sepertimu yang mana dalam perjalanan tarbiyah ini seringkali kesunyian kerana kadang kala tiada tempat utk aku adukan masalah aku.

Tapi aku juga tidaklah mahu menyalahkan ikhwah yg lain, kerana aku tahu mereka sendiri sibuk dengan kerja-kerja mereka. Di sinlah sebenarnya Allah nak mendidik kita agar sentiasa menyandarkan harapan semata-mata padaNya.

Yakinlah satu masa kelak Allah akan menemukan kamu dengan seorang sahabat yang akan mengambil berat tentang kamu, mendengar masalah-masalah mu, serta membimbing kamu menuju ke syurga. Semua itu akan kamu raih, dengan berusaha menjadi seorang sahabat yang baik.

Bukan kerana membencimu, membuat aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini.

Tapi aku memutuskan hubungan ini, kerana aku amat-amat rindukan saat manisnya bercinta dengan Allah. Aku juga takutkan, agar satu masa kelak saya andai Allah izinkan bersama, aku tidak dapat mencintai kamu kerana tidak mencintai Allah dan RasulNya terlebih dulu.

Aku berharap agar kamu memahami.

*******


Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

" Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman.


  1. Sesiapa yang cintanya pada Allah dan Rasulnya, lebih dari cintanya pada yang lain.
  2. Sesiapa yang cintanya kepada orang lan, hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi.
  3. Ia membenci kembali kepaa maksiat, selepas Allah menyelamatkan (dr kekufuran) sebagaiman benci akan dicampakkan ke neraka. ( riwayat Muslim)

*******

Katakanlah, " Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunidosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. (39 : 53)


Selamat mujahadah duhai diri !

No comments: