Tuesday, February 22, 2011

Bingkai lalu




Masih segar diingatan aku bagaimana aku mula terjebak dalam gejala ini. Gejala yang mengubah terlalu banyak perkara dalam hidup aku.


Dari seorang budak yang tidak pernah diletakkan harapan yang tinggi ke atasnya, kepada seorang yang mampu membanggakan orang lain terutamanya ibu dan bapa aku.


Sungguh kalau ditanya kepada aku, apa yang membuatkan aku terjebak dalam gejala dakwah dan tarbiyah ini, tak mampu aku ceritakan di mana permulaannya.


Cuma apa yang aku mampu ceritakan, “SUIS” aku mula terbuka ketika aku menjejakkan kaki ke Hidayah, Ipoh.


Walaupun aku tiga bulan je kat sana, tapi kat sana la tempat yang banyak mendorong aku untuk serius dalam pentarbiyahan diri aku dan pentarbiyahan ummah.


Antara babak-babak yang berjaya menyentakkan jiwa dan membuat aku tersenyum bila memikirkannya ialah, bila aku di tanya oleh seorang akhwat tentang cabang-cabang ilmu tauhid.


Masa tu akhwat tu tengah bedah buku Tauhid Zindani.


Aku ni pulak, masa kat MATRI dulu mana la ada ikut silibus Musleh ni. (hakikatnya kalau tak ikut silibus pun, takkan la tak tau lansung kan.


Aku je yang malas ikut program kat MATRI dulu.)


Bila akhwat tu tanya kat aku tentang cabang-cabang tauhid, apa lagi, cuak la aku. Pucat gila muka aku masa tu.


Serius aku blur sangat sangat sangat. Bila akhwat tu tengok aku pun macam terkulat-kulat je nak jawab, dia pun suruh la aku duduk.


Mualimah Zaiton pulak perli-perli aku. Dia cakap, “ Cabang tauhid pun tak tau Ramadhan, bahaya sangat ni”. Respon aku lak, tunduk jela. =.=”


Nak buat macam mana mualimah, ana ni kat MATRI bukan orang yang hebat, reti banyak teori-teori ni. Setakat nak bagi tazkirah, “ dari mana kita di datangkan, kenapa kita di datangkan, dan ke mana kita akan kembali ” tu tau la.


Tu pun sebab Ahmad Azhar dengan Ridha di tambah Malik selalu ulang-ulang masa perhimpunan. Sikit sebanyak tau la juga.


Masa tu pun aku baru nak nak mula belajar tentang tarbiyah tu apa? Dakwah tu apa? Sepuluh muwasofat yang terpampang dalam kelas pun, selamba je aku tanya kat mualim Zul, benda apa tu.


Alhamdulillah, Mualim Zul pun selamba jugak.


Tapi tu la penyusunan Allah pada hambaNya. Walaupun kita ni selalu buat dosa, walaupun berpuluh-puluh kali bertaubat, pastu buat lagi, Allah tetap sayangkan kita.


Walaupun kita ni banyak buat maksiat, banyak buat benda lagha, tak serius buat kerja dakwah, tapi Allah bagi juga kita rezeki, bagi juga kita hirup udara percuma, bagi banyak sangat lagi nikmat kat kita.


Pada akhwat tu pula, bagi dia soalan dia tu mungkin biasa-biasa je, tapi bila Allah nak buka pintu hati seseorang tu, kita pun tak tau masa bila kan?


Aku rasa mungkin malam tu akhwat tu ada solat tahajud, tilawah satu juzuk dengan sempat solat dhuha kot pagi tu. Moga Allah kurniakan syurga tertinggi pada kamu.


Hari ni dengan penyusunan Allah terhadap peristiwa yang memalukan aku tu, aku tak lagi kekok nak sharing kat depan orang ramai, aku tak kekok nak buat sesuatu untuk islam.


Aku tak malu nak bawak usrah, kalau tak tau pun cara nak bawa usrah, aku boleh tanya kat orang. Tarbiyah tu kan mendidik kita agar bertanya kalau tak tau sesuatu.


Dan hari ni, aku sedikit pun tak akan merendahkan diri aku kepada ikhwah dan akhwat. Prinsip aku mudah je, tak tau maka tanyalah.


Bila dah tahu amalkanlah. Bila dan amal, sebar kanlah. Barulah boleh jadi orang yang faham akan sesuatu benda.


Kita hebat bukan pada teori kita, tapi hebat dengan amal kita. Beza kita, TAKWA cuma~


**********


Artikel ni takda kena mengena dengan kesukaan hati untuk memperkatakan tentang akhwat, melainkan hanya mengenang permulaan kepada sesuatu yang besar.


Harap tiada pihak yang tersinggung dan mendatangkan fitnah. Sekian.



**********




Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini

Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman

Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan

Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa

Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah


10 comments:

Contengan Picisan Jalanan said...

Alhamdullilah....
moga saya juga diberi kekuatan seumpama itu...

~MQ~ said...

assalamulaikum sheikh ramadhan,
lama benar x dgQ cerita anta,
ni, bila nk dtg m3?
kongsi2 pengalaman bersama adik2.

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

Contengan picisan jalanan,

moga Allah kurniakan kekuatan pada kamu.

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

MQ,

Wasalam akhi..
Ana teringin sangat nak pergi MATRI..
nanti la, kalau ada kelapangan ana pergi..xperlu kot kongsi pengalaman kat adik-adik..kat sana kan ramai sahabat yang qowiy2.. :)

Mohamad Fakhruddin said...

Selalunya lepasan MATRI yang 'cacat' (tak semua) ketika di sana, akan keluar sebagai orang hebat.

Itulah satu 'kejutan' kata Sir Nasir.

'Kejutan' itu yang buat kita bangkit (nasihat untuk aku juga).

Mula sedar dengan kepentingan DnT.

Aku dengan medan aku. Kamu dengan medan kamu.

Moga Allah kuatkan kita don!

p/s : Nak tunggu qowiy sampai bila? Sahut cabaran Qawiem tu. Ada beran? Hehe.

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

Mohamad Fakhruddin,

Keuntungan pelajar MAtri ialah semua guru di sana bukan sekarad guru, tapi murobbi.

Murobbi ni udin, Allah..bukan semua org mampu jadi..

I.Allah, satu masa kalau aku pergi sana aku share la apa yang mampu. Moga ada peningkatan.. :)

mujahid umar mokhtar said...

ana juga masih teringat peristiwa di dalam kelas tu..hehe..

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

Mujahid,

serius malu seh! ^^ hehe..

Anonymous said...

Alhamdulillah..semoga Allah beri kekuatan pd kita semua..terus mekar utk Islam~

ahzan said...

Assalamualaikum Don.. Moga Allah sentiasa bersama enta..Terharu ana baca.. Doakan ana byk2..insyaAllah