Saturday, January 8, 2011

Letih la !!!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Malam tu aku sampai lewat kat Fateh ( sebuah rumah comel ) sebab ada perjumpaan / liqo' dengan beberapa student KUIS.. Sampai, letak beg dalam bilik, terus pegi dapur. Check kekemasan dapur Fateh, check kebersihan bilik air, check susun atur tilam kat ruang depan. Alhamdulillah. Nampaknya ikhwah kat rumah ni masih faham apa tu tarbiyah. Alhamdulillah~

Sebagai orang yang di beri amanah untuk menjaga kebersihan dan kekemasan rumah ni, aku mesti lakukan dengan sebaik mungkin. Kalau aku sendiri yang memegang amanah tak tunjuk contoh, mana mungkin yang lain nak jaga kebersihan jugak. Qudwah qabladakwah akhi !

Aku sebenarnya takut kalau ikhwah kat rumah kecil yang comel ni beriman kepada makhluk. Senang kata, kalau ada manusia kita buat sesuatu tu, tapi bila tiada manusia, kita tak buat. Perlu contoh ke?

"Kalau ada orang kita solat awal-awal, tapi kalau orang takda kita solat lewat-lewat."

"Ada orang kita gurau cover-cover, tapi bila ada orang kita gurau gila-gila.

Yang lain-lain tu pandai-pandai la fikir sendiri~


♣═══¤۩۞۩ஜஜ
۩۞۩¤═══♣


Dengan perasaan gembira dan senang hati, aku melangkah kaki masuk ke bilik. Letak beg kat tempat beg, pusing-pusing satu bilik, tengok planner. Uh, banyaknya kerja nak kena buat. Nak buat ni, nak buat tu, buat ni lagi, buat tu lagi, Bila nak rehat?!

Tiba-tiba teringat satu kata-kata ikhwah yang aku tengok dalam blog beliau.



Tapi aku penat, aku kena rehat.

"Jap, eh dah solat isyak ke belum ni. Rasanya dah. eh, tadi kan ada kelas akaun, pukul lapan samapi sepuluh. Bila masa ko semayang. " [ monolog dalaman]

Tengah bermonolog dalaman, dapat satu mesej dari Amil.

" Don, tolong kemas-kemas rumah sikit. Ada ikhwah dari UNIM (Uni Nottingham) nak datang. Dia bagi ISK ( Ini Sejarah Kita ) time NUTRA ( program dengan Naqib KUIS ) nanti. Amin nama dia."

Takpe, boleh lepak-lepak jap. Rumah ni dah sentiasa bersih dan comel. Jadi tak payah fikir-fikir nak bersihkan dah. Sementara tunggu dorang balik, boleh la aku solat isyak dulu. Tak dapat solat jmaah la malam ni. Takpe-takpe, Allah tau niat aku.

Selesai ambil wuduk, aku dengar suara orang bagi salam. Kuatnya~ Macam la rumah ni besar macam stadium! " Don, ni la Amin. Ikhwah dari UNIM" Dengan semesra mungkin, aku salam dia, laga pipi sambil sambil kenalkan nama. (trademark ni)

Lepas sembang-sembang sikit, aku terus merebahkan badan atas tilam. Aku cakap kat Amil, " Amil, kejut ana kalau anta bangun awal yea. Ana tak solat lagi ni. letih sangat hari ni. Kepala ni berat semacam je belajar akaun tadi. "

" Aku rasa elok ko solat dulu. tak elok tangguh-tangguh solat." -- Amil

" Ha, ko pernah dengar tak hadis, " Kalaulah tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan menyuruh mereka menangguhkan solat isyak di waktu Qiammulail ( bangun malam)" [ Fiqh sunnah, Sayyid Sabiq ] Tu la, aku ingat nak solat isyak masa Qiam sama-sama nanti. Letih sangat ni. Akaun betul-betul memberatkan kepala aku.-- Aku

Tiba-tiba Amin menyampuk, akhi , anta nak dengar satu cerita best tak. Bagi ana best la, tak tau la bagi anta. Hehe "

Masa tu Imam Hassan Al-Banna dengan beberapa member/ikhwah beliau dalam satu perjalanan. Bila sampai solat isyak, Imam Hassan Al-Banna kata kat seorang kawan beliau. " Saya berasa amat letih sekali. Saya nak kamu yang imani solat ini". Kawan beliau tu pun jadi imam dan baca dengan surah-surah pendek. Bila habis solat tu, Iman Hassan Al-Banna cakap kat kawan beliau, " Kenapa kamu solat dengan surah-surah yang pendek" Kawan beliau cakap, " Kerana tadi kamu mengatakan yang kamu letih" Sebab tu saya membaca surah-surah yang pendek untuk meringankan kamu.

Imam Hassan Al-Banna menjawab, " Wahai saudaraku, junjungan besar kita Rasulullah berkata kepada Bilal,

'hai Bilal, istirehatkanlah kami dengan solat'.

'Beliau tidak berkata, ' Hai Bilal rehatkanlah kami dari solat'



♣═══¤۩۞۩ஜஜ
۩۞۩¤═══♣



Tersentak jap dengar cerita Amin. Kan cantik kalau aku hilangkan penat aku ni dengan solat. Sekurang-kurangnya lagi aman untuk aku tidur malam ni. Alhamdulillah.



Pengajaran

  1. Orang kadang-kadang tak nak dengar cakap kita, tapi tak pernah silap dalam mengikut tingkahlaku kita. Maka jagalah kebersihan dan kekemasan kita, kerana sebagai seorang yang menyerahkan diri kepada pencipta [ muslim ] menjadi kewajipan untuk kita menjaga kekemasan dan kebersihan.
  2. Solat kita mampu hilangkan keletihan.
  3. Allah bagi kita nikmat bila pertemukan kita dengan orang-orang yang soleh, yang mana dengannya kita semakin ingat Allah.


6 comments:

Ummi said...

Tahniah!

Syed Ahmad Fathi said...

InsyaALLAH terus bergerak.
Terima kasih sbb bg update link. :)

Muhammad said...

Menarik akhi.. itulah dia tazkirah, perkara yang kebanyakannya sudah maklum dan diketahui, tetapi perlu disebut sentiasa, sehingga benar-benar membekas dalam diri, seolah2 itulah kali pertama ia mendengarnya..

sinarharapan said...

btul2...cra pnyampaian mudh tuk d fhmi. tmbh lgi cte.. mga trus mju.. and,klu wat lgi meriah blog ne, msti rami yg dtg.. insyallah..

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

syed Ahmad fathi,

sama-sama..terima kasih juga sudi masukkan link blog ana dalam blog anta..

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

Muhammad,

Peringatan itulah sebenarnya yang menguatkan kita. Walaupun peringatan itu kadang kaal dengan bentuk cercaan dan sindiran.

Alhamdulillah, duduk dengan ikhwah2..


Sinar Harapan,

Apa yang dimakdudkan dengan meriahkan lagi blog ni? Ana pernah buat satu ketika dulu. Tambah macam-macam benda. Tapi bila fikir balik tujuan ana menulis, ana buang semuanya. Ana nak orang baca. Bukan sekadar menjengah dan meninggalkan jejak.

Jzk atas teguran.