Monday, January 10, 2011

Kami akan berjuang, demi kebangkitan Islam !! Betul ke?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang









Ketika aku asyik chat dengan kawan-kawan kat mukabuku [baca : facebook ], telinga aku menangkap beberapa bait lirik dari sebuah nasyid rock. Aku rasa kumpulan ini tidak begitu asing dalam kalangan rakyat negara ini. Kumpulan yang selalu mendendangkan lagu mereka di beberapa konsert berkaitan Palestin dan terkenal dengan rentak-rentak rock mereka. Lirik yang menyentak perasaan aku terus berulang, ulang, dan berulang. Beberapa kali aku menyeka air mata kerana memikirkan apa yang pernah aku ucap dan laungkan.

kami akan berjuang,
demi kebangkitan islam!
kami rela berkorban,
demi islam yang mulia!

untukmu palestina tercinta,
kami peduli panggilanmu!
untukmu al-aqsha mulia,
kami kan terus bersamamu!

[ Shoutul harakah ]


Aku betul-betul tersentuh bila menghayati lirik ni.

Monolog dalaman berlaku --

Betul ke kamu berjuang demi kebangkitan islam wahai Ramadhan?! Solat kamu tepati masa ke? Quran kamu selalu baca ke? Kamu bersungguh-sungguh ke buat kerja-kerja dakwah? Kamu kata kamu berjuang demi kebangkitan islam, tapi dah nak habis dua semester kat KUIS, berapa banyak orang dah kamu tajmi' (kumpulkan). Usrah yang kamu pegang sekarang betul-betul qowiy (mantap) ke? Kalau mantap mana buktinya?! Anak buah kamu dah ada anak buah ke? Ah, kecewa betul aku dengan kamu wahai Ramadhan.

Kamu tahu, islam sebenarnya tak perlukan kamu lansung. Jmaah ini tak pernah pun perlukan kamu. Tapi hakikatnya kamu tu yang sebenarnya memerlukan jemaah ini! Kalau kamu tak ada dalam jemaah ini pun, ramai lagi orang yang nak berjuang untuk kebangkitan islam! Kamu tahu! Ingat itu wahai Ramadhan!

Kamu ( wahai Ramadhan), katakan bahawa kamu rela berkorban demi islam yang mulia! Tapi di mana pengorbanan kamu?! Apa yang kamu korbankan untuk islam?! Duit, tenaga, masa, nyawa?! Sehebat Abu Bakarkah? Semantap Umarkah? Secekal Al-Bara' kah?

Duit yang kmu keluarkan itu menyamai Abu Bakarkah? Yang hanya meninggalkan Allah dan Rasulnya buat istri dan anak-anak. Atau menyamai Umarkah? Tenaga yang kamu kata kamu korbankan. Sehebat kaum muhajirinkah? Yang meninggalkan segala-galanya demi menegakkan islam tercinta. Di mana bukti kecintaan kamu wahai Ramadhan? Cinta itu tidak cukup semata kata-kata yang kamu laungkan! Tapi pelu ada sesuatu yang kamu lakukan.

Kamu ( wahai Ramadhan) mengatakan bahawa kamu peduli panggilan Al-aqsha. Betulkah? Kalau solat kamu yang tidak dapat istiqomah sentiasa di masjid itu yang kamu katakan bahawa kamu peduli panggilan al-aqsha, kamu penipu!

Kalau tahajudmu yang sering terlepas itu yang kamu katakan bahawa sesungguhnya kamu peduli panggilan Palestina, kamu hakikatnya penipu! Kalau kamu tidak melaksanakan kerja ini dengan bersungguh-sungguh, kamu sebenarnya tidak pedulikan panggilan Palestina wahai Ramadhan! Jadi di mana kepedulian kamu terhadap Palestina sebanarnya?!!


♣═══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤═══♣


Merenung diri. Aku tertanya, apa sebenarnya yang kita serukan selama ini. Kemana seruan kita hakikatnya? Kadang-kadang aku berfikir sendirian. Layakkahkita yang mengajak manusia agar mengabdikan diri pada Allah, mengikut segala suruhanNya, menjauhi segala laranganNya sedangkan kita sendiri sanggup mengabaikan perkara itu.

Layakkah kita mengajak manusia agar menjadikan hanya Allah sebagai sembahan, sedangkan kita sendiri masih leka menyembah makhluk-makhlukNya. Mengapa seringkali terjadi, ketika kita sibuk mengajak manusia kepada kesejahteraan [ baca : islam ], sedangkan kita sendiri tidak membawa kesejahteraan kepada orang lain.

Kita masih tak tepati masa yang kita janjikan, kita leka dengan hiburan, kita masih tidak berakhlak dengan akhlak islam, kita masih tidak menyusun urusan kita dengan sebaik-baiknya, kita masih, masih, masih, masih banyak lagi yang kita tak cuba setelkan.

Aku tak mengajak agar kita sempurnakan diri kita, kemudian baru ajak orang lain. Tapi apa yang kita dah setelkan, tulah yang kita seruakan. Kita rajin study, ajak la org lain rajin study jugak. Kita selalu solat awal, ajak orang lain solat awal. Kita jenis yang kemas dan bersih, ajak orang lain agar jadi macam kita juga. Banyak, banyak, banyak benda nak kena setelkan utk ajak kepada Allah.

Erm, banyakkan kerja kita?


3 comments:

Muhammad said...

"Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti aku. Sedang aku tahu betapa sakit Rasulullah dalam membawa obor Islam ini," kata seorang hamba Allah dalam jemaah ini, apabila nafsunya mengeluh letih. Dan sungguh kata-katanya membuatkan ana tersentuh.. Kerana ana tahu, ana lebih layak mengucapkan kata-kata itu.. Kasihan risalah Islam diemban oleh orang seperti aku..

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

Jzk akhi, atas apa yang anta kongsikan..
banyak yang kena kita perbaiki hakikatnya..
selalu ingatkan diri, bahawa kita sebenarnya yang perlukan islam..kan?

" kasihan risalah islam diemban oleh orang2 seperti aku "

Mohamad Fakhruddin said...

Berjuang?
Cakap memang senang, tapi nak buat teramatlah susah.

Kamu selalu pesan, usah bicara pasal perjuangan kalau bangun subuh pun susah!

Memang peluru yang menembus dadaku!