Monday, January 3, 2011

Anta ni syadid la !!

Saya selalu mendengar orang menggunakan perkataan syadid dan kadang-kadang tersenyum sendirian bilamana orang menyalah ertikan pengunaan syadid tersebut disamping salah menggunakan seperti mana yang saya fahami.

Berdasarkan kefahaman saya, syadid ni bermaksud kita berpegang teguh (bertegas) pada fikrah kita. Syadid tu apa yang kita berpegang teguh padanya samada untuk diri kita sahaja atau orang lain, yang mana kita yakini dan imani perkara tersebut.

*****

Adalah aib bagi ikhwah untuk pergi ke panggung wayang. 

Ikhwah mesti jaga kebersihan.

Tido banyak adalah aib.

Ikhwah perlu jaga ikhtilat.

Buat benda-benda tak faedah adalah aib bagi ikhwah.


Ikhwah mesti betul-betul jaga masa.


dan banyak-banyak lagi yang kita bertegas padanya..

*****

Apa yang saya nyatakan di atas hanyalah contoh yang saya ambil berdasarkan pengalaman saya bersama orang lain. Jadi jika kita merasakan bahawa satu perkara tu kita yakini, maka teruskanlah berpegang teguh padanya. Sama ada untuk diri KITA, atau dengan berhadapan dengan orang lain.

Mungkin ada yang kita wajibkan untuk diri kita, tapi kita tak wajibkan kepada orang lain. Contohnya baca quran sekurangnya setengah juz, dhuha harian, solat jemaah di masjid, tak tengok movie, tak pegi panggung wayang dan lain-lain.

Apa yang saya fahami, itulah syadid. Kita bertegas pada fikrah kita.

Jika tanya kepada saya, perlu ke syadid ni?

Jawapan saya, Kita perlu syadid!!

Syadid tak? 



                      

6 comments:

AmirSyafiq said...

http://kangensyurga.blogspot.com/2011/01/komik-syadid.html

PalTel said...

power nta skarang. Mgkn sebab lama x jumpa kot.

btw.menggapai tsiqah perlu lebih syadid. siapa nak follow kalau tak tsiqah?

syadid tak?

~MQ~ said...

Penting ka syadid?
tepuk dada tanyalah pd iman..

syadid x? (",)

Mujahid Ramadhan said...

PalTel,

yeke ana power?? mana anta tau..walaupun luaran tu menggambarkan dalaman, tp selayaknya hanya pencipta yg taun dalaman kte... ;)

Mujahid Ramadhan said...

MQ,

erm, penting ke??
tanyalah iman..hehe..syadid tak?

نور حسنى said...

beramal dengan agama di akhir zaman memang banyak dugaan...teruskan bertegas..