Thursday, December 16, 2010

Saatnya Kita Diuji






Iman itu sifatnya yazid wa yankus.

Ada turun naiknya.

Ada pasang surutnya.

Ia umpama roda yang berputar. Ada masanya bahagian roda itu di atas, dan sampai masanya bahagian roda itu akan ke bawah.

Satu masa kita rasa begitu bersemangat, sehingga kita rasakan bahawa hari ini aku nak kuasai dunia! (huh~) Dan satu masanya, kita rasakan seolah-olah tiada semangat untuk menjalani kehidupan kita.

Bilamana iman itu turun, apa yang selalu kita rasakan adalah kelemahan, keletihan, kehilangan semangat dan kekosongan itu benar-benar kita rasai.

*****


Apa yang selalu saya buat, bila semangat saya mula berkurangan, kemalasan menyelubungi saya, saya rasa leeetih sangat, maka saya akan memegang telefon dam mencari "mereka".

Mereka yg sudi mengorbankan masa mereka untuk mendengar keluhan saya. Iman mereka membuatkan mereka tidak jemu utk berkonsgi dengan saya, walaupun soalan yang saya tanyakan itu selalu berulang-ulang.

Moga ianya mampu menjadi penguat kepada kalian yg merasakan seperti yg saya rasakan!


"Akhi (saudaraku), ana tengah down sekarang. Boleh berikan ana nasihat? " (saya)


" Mungkin ada beberapa faktor anta rasa mcm tu akhi. Plg basic adalah maksiat yg berulang-ulang. Dosa yg dibuat berterusan, boleh menyebabkan hati jd kering dan keras, dan tak mampu utk menyerap siraman wahyu. Nasihat ana, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat."

( Akh Majid Zulkifli)


*****


" Ana rasa mungkin kita belum benar-benar merasai erti tarbiyah itu. Mungkin sifat takut anta itulah yg menjaga kita daripada terseleweng dari jalan ini. Bersyukurlah kepada Allah."

( Akh Muiz Roslan)


*****


" Akhi, susah jugak nak jawab soalan anta ni. Nasihat ana, bnyakkan berdoa semoga Allah berikan keteguhan hati pd kita. Nasihat ana, bnyakkan berdoa, selalu baca al-quran dan terjemahan sekali. Kalau rajin, lepak-lepak kat msjid. I.Allah hati lebih tenang."

( Akh Azlan)


*****


" Biasalah tu akhi, iman tu kan yazidu wa yankusu. Enta bertahan je. Keep on positive mindset. Bangkit kembali energy tarbiyah dalam diri enta. "

( Akh Syahmi IPBA )


*****


" Ana rasa mungkin kita terlalu bersegera dalam amal fardi sehingga kita tak mampu menghayati.

Mungkin kita mengejar perasaan, "Yes, amal fardi hari ni lagi bnyak dari semalam, tanpa meningkatkan kualiti.

Mungkin juga hati kita tidak merasa ikhlas ketika ingin beramal, mungkin bercampur dengan perasaan lain, merosakkan ikhlas dan amal.

Jika kita merasa gersang, basahkan sheikh. Sudah lamakah air mata itu disimpan? Sudah lamakah ketika mana bulu roma menegak ketika mendengar Allah?

( Akh Daeng)


*****

" Ilek ar don. Kalau ko tetap ngan prinsip ko, teruskan je dkwah tu. Dun feel upset when u do the right thing. Allah always with you "

( Tengku Syakir)


*****


" Sesiapa yang merasa gembira apabila melakukan amal kebaikan, dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri-ciri mukmin sejati"

( Fakhrudin dan Afifi)


*****

" Akhi, kenapa anta rasa down ni akhi. Patutkah rijal macam anta rasa down?! ( uh, kena aku!). Akhi, anta betul-betul sedih ke dengan keadaan anta ?! Betul ke anta sedih?! Anta mampu keluarkan air mata tak dengan keadaan down anta ni?! Akhi, paksa diri akhi. Paksa diri keluarkan air mata. Bahawa sesungguhnya anta betul-betul merasai bahawa anta sedih dengan keadaan anta" ( time hussaini smbg dengan saya, dia tengah smbang denga zaujah dia. saja nak bg cemburu kot. mentang-mentang baru walimah. kureng betul! )

( Akh Hussaini )


*****

Terima kasih kepada semua yang menguatkan saya kembali. ( Kalian terbaik! )

Apa yang saya nampak cantiknya penyusunan Allah, bilamana Dia bagi kita ujian yang berulang, berulang dan berulang, bilamana ujian yang Allah bg tu sama saja dalam hidup kita, ialah untuk kita kuat dengan ujian tu. Dan untuk kita lali dengan ujian tu. Kalau Allah bagi ujian tu kat kita dua kali je, mungkin kita dah takde peluang dah nak baiki diri kita kan?

Kalau kita rajin untuk memikirkan ujian yang menimpa kita. Kali pertama hadapai ujian tu, mungkin kita akan raa kecewa sangat. Rasa tak mampu pun nak hadapi ujian tu.

Tapi bila kali kedua, ketiga, keempat, malah beratus-ratus kali kita hadapi ujian tu, maka kita akan lali dengan ujian tu dan disaat itu Allah akan memberikan kepada kita, ujian yang baru.

Dan yakinlah, kita hakikatnya mampu untuk hadapi ujian yang Allah berikan pada kita.

Saudara yang saya kasihi dan sayangi, manusia itu sentiasa diuji. Kita sentiasa diuji.Ujian untuk meningkatkan diri kita, ujian untuk menguatkan diri kita, ujian untuk Allah menguji, siapa antara kita yang terbaik!

Persoalannya, mahukan kita mencari hikmah atas segala ujian yang diberikan?


11 comments:

Muhammad said...

Salam ziarah akhi.. "Barangsiapa yang ketika waktu futurnya masih berpegang dengan Quran dan Sunnah, maka dia orang yang beruntung (kerana selepas itu dia akan pulih dari futur,dan sudah tentu lebih baik)" Pandangan ana yang dhaif.. jika anta sendiri tidak tahu mengapa rasa down.. teruskan bekerja, insya-Allah perasaan itu hilang. Dari pengalaman ana, melayan perasaan down itu hanya membuang masa, kerana dengannya kerja-kerja tertangguh, tertolak ke tepi, sedangkan tanggungjawab silih berganti memanggil. Dan pada ketika ana merasa down, dan sebaliknya ana lawan perasaan itu, dan teruskan dengan tugasan dan tanggungjawab.. Insya-Allah fasa lemah itu akan berlalu.. Sekadar pandangan.. Mungkin pandangan enta berbeza akhi.. Anyway, minat dengan kompilasi nasihat akh-akh di atas.. huhu.. perspektif-perspektif berbeza yang membuka fikiran..

salman said...

don..selalulah bersama sahabat2 yang soleh..kerana hati manusia cepat tercuri perwatakan seseorang...hati dipengaruhi hati..jiwa diambil jiwa...kalau anta down...try anta baca surat imam Hasan Al-Banna mujadid abad ke 20 yang menjawab persoalan hati..yang dalam blog ana...insyaAllah..mga anta dapat yang anta cari..dengan taufikNya..

Mujahid Ramadhan said...

Muhammad,

Akhi, ana setuju dengan anta! Kebanyakan org tu suka buang amsa kan, asyik fikir je masalah,s edangkan tak fikir pun kaedah nak hilangkan masalah tu. Dan skrg kalau ana rasa down, ana akan terus berkerja, i.Allah! doakan ana ya..

"Perspektif berbeza membuka fikiran..Ana sukakan khilaf yg diberkati, dari pepecahan yang dilaknati"

Salam syg~

Mujahid Ramadhan said...

salman,

Jzk. Atas perkongsian anta kat blog. Amat ana tungu-tunggu.. ^^

Tapi akh, mana-mana pun kita diuji. hatta kita sendiri diuji dengan ikhwah, dengan org-org soleh. Kerana selagi mana kita manusia, perbezaan pendapat tu tetap berlaku. hadapilah dengan berlapang dada.

~MQ~ said...

salam don..
terima kasih sudi dtg ke blog ana..

cuma berkaitan ngan artikel anta ni, ana nak ucap sesuatu..

Tahniah!!

sbb anta adlh insan yg normal..
( amik kata2 cg azmi sbnrnya ni) (",)

moga Ukhwah yg terbina bersama itu menjadi batu loncatan utk kita naik kembali don..

salam uhkwah..

.:sin_bad:. said...

Salam,
balas kunjungan sambil mencedok sedikit ilmu (boleh ke?) buat bekalan dlm perjalanan.. =)

Baitul SMR said...

Tulisan yang menarik. Terima kasih atas perkongsian.

Mujahid Ramadhan said...

MQ,

Trima kasih juga sudi melawat dan membaca tulisan ana.

Ana insan normal? i.Allah.. ^^

Mujahid Ramadhan said...

MQ,

Trima kasih juga sudi melawat dan membaca tulisan ana.

Ana insan normal? i.Allah.. ^^

Mujahid Ramadhan said...

Sin_BAd,

Terima kasih sudi berkunjung.
Tentu saja boleh! Moga jd saham buat sy di sana kelak..

Syed Ahmad Fathi said...

Moga kita ditetapkan iman :D