Sunday, December 12, 2010

Amalan kau, bukan aku


Bila masuk tandas kotor,

eei, gelinya!!


Bila tengok sampah berlonggok,
Ni spe punya kerja ni?! Tak reti buang dalam tong ke?!


Bila tengok bilik semak,
Ish, bengang betul la sapa sepahkan bilik ni!!

Jalan-jalan, sepak sampah,
Manusia bertamadun mana la yg suka buang smpah merata-rata ni !!

********************

Hm, kenapa tidak kau yg selesaikan?!


Tandas kotor, kau cuci.


Sampah berlonggok, kau pergi buang.

Bilik bersepah, kau kemaskan.

Jumpa sampah tengah jalan, kau punggutkan.



******************


Kan bagus kalau setiap perkara kau yg cuba selesaikan.

Barulah kau ada manfaatnya pada org lain.

Hidup utk memberi, bukan terima je.

Allah hitung kau, atas amalan kau. Bukan org lain punya amalan.


~berfikir sorang-sorang

17 comments:

LIANA said...

betul tu...
kadang2 kita byk comment ttg kesalahan org lain dn cuba perbaiki org lain,akan tetapi sebenarnya diri kita lebih byk buat kesalahan drpd org lain dn tak pernah cuba perbaiki diri kita sendiri.

teruskn menulis krn Allah Taala.

Ibn Azmi said...

teringat plak ana suka ckp kat adik2 mcm 2, tp sesetengah adlh brtujuan mengajar n mendidik..tp tunjuk cara bukan menyuruh aje.
wallahua'alam.ilmuku cetek.

+akufobia+ said...

hee.ye.samasama mula kan.go.

.Inilah aku. said...

> LIANA

baiki diri, ajak org.. (Mustafa Masyhur)


> Ibn Azmi

erm, betul kata anta..entri ni ana lebih nak ingatkan diri ana sebenarnya..a

gar jgn jadi org yg hanya tau complain je..cantiknya andai kita sama-sama melaksanakan sesuatu tu dengan org lain..jzk sudi komen..


> +akufobia+

yup, sme2!

Muhammad said...

Kalaulah ada 1000 orang sekalipun complain, tapi tak buat apa-apa, tak jadi apa-apa.. maka di manakah nilai kewujudan kita? Rahmatan lil alamin? Atau hampas 'alamin? Hampas dunia? huhu.. muhasabah yang simple tapi praktikal..

fatimahazzahra said...

betul tuh,si periuk nak kata si cerek tuh hitam tapi die tak sedar yang die pun hitam jugak.

. INILAH AKU. said...

Wahai Muhammad,

Alhamdulillah. Moga Allah berkati. Huh, memang pun akhi. Kebanyakan kita hanya tahu complian, complain. complain..

Tapi yg menjadi persolananya, di manakah peranan kita?

Hampas dunia..hehe..

. INILAH AKU. said...

fatimahazzahra,

Analogi tu amat betul. Ramai yang suka tengok kesalahan orang lain, tanpa memikirkan kesalahan dirinya.

Kerana itu kita di diajar agar baiki diri, kemudian ajak orang lain, dan jgn hanya baiki diri je tp x ajak orang lain. Kedekut betul tu.

Maka si periuk itu perlulah mencuci dirinya dahulu~

mu'az omar said...

salam,

kali ini saya singgah sambil minum kopi. erm, itulah manusia kan? selalu salahkan orang lain. tapi diri sendiri tak nak salahkan.

*untuk diri sendiri.

moga sama sama hati ini tingkat imannya, insyaAllah.

usamah said...

btol tu, salah diri sndiri, org lain yg salah

Al-Fakir Hamidi said...

kenapa fikir sorang-sorang?
bukan ramai-ramai?

Muhammad Ramadhan said...

Mu'az Omar,

Da pandai minum kopi ya? hehe.. Imam Hassan Al-banna tak bg minum bnyak2..mudharat pd kesihatan..

Manusia biasa memang selalu menyalahkan org lain, tapi manusia luar biasa akan memperbaiki dirinya dan ajak org lain!

Muhammad Ramadhan said...

Usamah,

Terima kasih usamah. Sama-sama muhasabah ya!

Muhammad Ramadhan said...

Al-Fakir Hamidi,

Mungkin time saya tulis ni saya tengah taip sorang-sorang, jd saya pun fikir sorang-sorang.

tapi sekarang kita kena fikir ramai-ramai!

zahier said...

:)..betol tu..geragan pytera merasakan penduduk dunia x patut menfokuskan diri kepada masalah tetapi bialah fokuskan kepada penyelesaian...

zahier said...

wah..btol saya rse lebih baik pker penyelesaian dari merungut..kan?

Mujahid Ramadhan said...

ZAHIER,

Sangat setuju dengan Zahier. Rungutan tu hakikatnya hanya menambahkan rasa sakit hati dalam diri kita.

Kerana itu juga ada yang mengatakan.

" Ramai orang membuang masa dengan memikirkan masalah, tetapi tidak memikirkan penyelasaian masalah. "