Thursday, November 25, 2010

HORMAT ke TAKUT?







Andai kita memikirkan seseorang itu tidak membalas kekerasan yang telah kita gunakan kerana memikirkan dirinya takut, kita sebenarnya telah melakukan satu andaian yang silap. Tidak semua orang yang tak membalas kejahatan yang kita lakukan, adalah kerana dirinya takut terhadap kita. Dari satu aspek, mungkin kita rasa orang yang dipukul itu takut, tapi satu perkara yang kita lupakan adalah perasaan HORMAT.


Islam ajar kita menghormati orang lain, islam mengajar kita agar mengasihi orang lain, dan kalau kita cuba untuk memahami wasiat Imam Hassan Albanna, wasiat yang kesembilan, as syahid mengatakan bahawa asas gerakan kita adalah berkenal-kenalan dan KASIH SAYANG. Abu Musa Al Asy'ari RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW:


"Kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit." (HR At-Tabrani).

"Kamu tidak akan beriman sehingga kalian saling berkasih sayang. Mereka (para sahabat) berkata: Wahai Rasulullah, kami semua, pengasih. Baginda bersabda: Sesungguhnya bukanlah mengasihi seseorang akan sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi seluruhnya." (HR Tabrani)

Dan ketahuilah,

“ kamu tidak akan diHORMATI, sehingga kamu tidak MENGHORMATi “ (penulis)

“ Akhi, anta rasa kan, malam tu masa anta marah seorang adik ni, anta tengok mula-mula ana tegur anta, tapi bila anta marah ana balik, ana diam je. Anta rasa ana takut kat anta ke bila ana diamkan diri ana? “

“ Kalau la ana budak kecil ytang berumur 6 tahun, atau budak sekolah rendah, atau ana budak sekolah menengah, mungkin ana takutkan anta akhi. Tapi ana adalah rijal yang ditarbiyah akhi. Ana di latih agar berani mengeluarkan pendapat dan tegas dalam kata-kata ana. “

“ Ana tak balas kata-kata anta malam tu, sebab waktu tu anta tengah marah. Kalau ana cakap pun, anta hanya akan bertambah marah kerana seorang manusia tu dia ada ego dia sendiri. Nak tundukkan ego memang susah akhi, lagi-lagi bila kita sentiasa merasakan diri kita betul dan kita tak mampu nak belajar sesuatu dari orang yang lebih muda dari kita. “

“Atas rasa hormat ana pada anta, ana diamkan diri dulu waktu tu. Ana tak balas kata-kata kesat anta walaupun ana sedikit sedih dengan kata-kata anta, kerana islam ajar ana untuk hormati orang lain. Ana tak nak orang pandang dakwah kita ni sebagai dakwah maki hamun sedangkan asas dakwah kita ialah KASIH SAYANG. Ana pujuk diri ana dengan mengatakan anta mungkin tak faham. Dan ana tak nak bersikap tidak beradab dengan anta, kerana anta ikhwah. [fullstop ] “

Islam tersebar bukan dengan kekerasan. Islam tak tersebar dengan senjata. Islam itu mampu tersebar bilamana wujud rasa cinta dan kasih di dlam diri kita terhadap orang lain. Rasa kasih dan cinta kepadanya yang membuatkan kita ingin mengajak dia untuk memahami ajaran islam. Rasa kasih dan cinta yang membuatkan kita ingin bersamanya untuk ke syurga.

Kerasnya Saidina Umar terhadap orang kafir yang menentang islam. Tegasnya bertempat. Jangan kita mengaku diri kita macam Saidina Umar kalau kita belum habis mengkaji peribadi Saidina Umar.

Kalau kita pukul seseorang tu dengan harapan nak insafkan dia dan nak bagi dia kesedaran, agaknya berubah ke dia?

“ Selama ni bila anta buat jahat, orang maki hamun anta, orang pukul anta, orang cakap anta jahat, orang pandang anta dengan pandangan yang sinis, anta berubah jadi baik ke? Realitinya tak kan? “

“ Anta masih terus dengan sikap anta yang kurang baik. Anta tak kisah orang nak cakap apa pun. Kalau orang lebih-lebih anta boleh lawan balik. Dan kalau anta takutkan seseorang pun, depan dia je kan? Belakang dia anta masih boleh buat kerja-kerja jahat lagi “

Yang kita nak didik tu hati dia, bukan kita nak ubah luaran dia. Kalau hati dia dah terdidik, i.Allah luaran dia juga akan berubah ke arah yang lebih baik. Nak didik hati dia, kena la bina hubungan dengan dia dulu. Mana mungkin tanpa hubungan yang dibina atas kasih sayang, kita mampu mengubah seseorang.

Hari ini kita gunakan kekerasan untuk mendidik orang. Kekerasan yang kita gunakan tu hanya membuatkan orang takutkan kita, bukan takutkan Allah!

Dan kalau orang tu takutkankan kita, perkara tu takkan kekal lama. Masa kita hidup, orang mungkin takutkan kita. Masa kita kuat orang mungkin dengar cakap kita. Tapi bila kita dah hilang keupayaan, kita dah meninggal, ketakutan tu akan hilang begitu sahaja.

Dan yang lebih menyedihkan, apabila kita mewariskan kekerasan kita tu kepada mutarabbi dan anak kita kelak. Kita mendidk mereka dengan kekerasan, dan akhirnya suatu masa nanti mereka sendiri akan membalas kekerasan itu terhadap kita.

Jadi di mana keberkesanannya kekerasan dalam mendidik?

''Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauh dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka dan bermusyawarlah (syawir) dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila telah berbulat tekad, maka bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang betawakal kepada-Nya.''
[ 3 : 159 ]

* mengapa satu masa dahulu tidak ada yang menjelaskan kepada aku hakikat ini?




3 comments:

Muhammad said...

Hmm.. cara berhikmah tidak semestinya tanpa kekerasan.. cuma dalam kebanyakan situasi, cara yang lembut itu lebih berkesan.. Umpama Rasul SAW membuang gelang emas di tangan seorang sahabat, kerana lelaki haram memakai emas, tetapi lelaki itu dapat menerima. Bahkan ketika sahabat lain menyuruh diambilnya gelang itu dan dijual, beliau menolak, kerana katanya Rasul SAW sendiri yang membuangnya.. Cuma pandailah kita menilai situasi.. Kegarangan seorang ayah misalnya boleh jadi cara yang paling berhikmah.. Tetapi tidak bolehlah kita mengaplikasikan kegarangan itu dengan orang yang baru kita kenal misalnya... Insya-Allah artikel yang penuh manfaat. Teruskan menulis. :)

. INILAH AKU. said...

Muhamamd,

Erm, betul kata anta. Ana pun dulu memahamai mcm tu je. Tp dulu ana orang yg kasar akhi. Jd bg ana sendiri pun, ana tak sukakan kekasaran, lagi-lagi dalam mendidik.

Lagipun anak yg dididik dengan marah, mampu menjadi seorang pemarah bila besar nanti.

Tapi ana tak nafikan, memang perlunya kekerasan dalam sesetengah tempat. Yang penting, sebelum nak buat mcm Rasulullah, kena ikat hati..

malek rajiae said...

salam,ramadhan..
mg drhmati slalu..
ana nk mnx izin,utk amik artikel anta..sbg bcaan snri2..