Tuesday, October 26, 2010

Amal Fardi



Satu masa dahulu, saya sering tertanya-tanya di dalam diri, sebab apa yea, naqib saya selalu sangat tekankan soal amal fardi (amalan sendiri). Umur yang masih mentah dalam tarbiyah (didikan islam), memang membuatkan saya benar-benar tidak faham sebab apa la penting sangat amal fardi ni. Bagi saya yang cetek ilmu, mestila dalam fikiran saya mengatakan amal jamaie (amal berkumpulan) lebih baik berbanding amal fardi, kerana amal yang dilakukan secara berjemaah, amat Allah sukai dan banyak kelebihannya berbanding amal fardi.

Akan tetapi, amal fardi la yang mampu menjadi paksi untuk mengukur, sejauh mana diri kita dalam tarbiyah sehingga kita mampu untuk mentarbiyah orang lain. Bila disebut tarbiyah, ia bukanlah sekadar kita menghafal bahan-bahan tertentu, tapi tarbiyahlah yang melahirkan diri kita sekarang. Dari segi akhlak kita, ilmu kita, amal kita, kesabaran kita, keikhlasan kita dan sejauh mana pergantungan kita pada pencipta, harapan kita padanya, banyak lagi yang akan kita lalui dalam tarbiyah.

Tersenyum saya apabila seorang ikhwah menceritakan pengalaman beliau, apabila berdepan dengan adik beradiknya yang saling berhujah dan mengeluarkan dalil dari al-Quran, untuk pertahankan hujah masing-masing. Apa yang membuatkan saya tersenyum sendirian, apabila ikhwah tersebut berkata kepada adik beradiknya. " Kalau nak berhujah menggnakan ayat Quran, opah pun boleh".

Ya! Bila bercakap semua orang pun boleh bercakap kan. Dari pemimpin, sehinggalah rakyat jelata hatta seorang nenek tua sekalipun, mampu berkata-kata. Tetapi, untuk membumikan ( mengaplikasikan) perkara tersebut, bukan semudah yang dikata. Apabila kita sebut tentang sabar, ramai yang mampu berhujah, keluarkan dalil, cerita panjang lebar tentang sabar. Tapi apabila diuji, seramai mana yang mampu menghadapi ujian tersebut dengan sabar. Apa yang kita lalui dalam hidup kita, hakikatnya itulah tarbiyah.

" Tidaklah sama orang yang berjihad, dengan orang yang perkatakan tentang jihad. Tidak sama yang bersabar, dengan orang yang perkatakan tentang sabar" Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

Cuba kita lihat perbezaan antara orang yang bermain futsal dengan orang yang bermain badminton agar kita lebih memahami konsep amal jamaie dan amal fardi.

Kalau kita menjaringkan gol, dalam permainan futsal, kita tak boleh tau, adakah kita yang betul-betul hebat. Mungkin kita mampu jaringkan gol, sebab keeper tak cukup cekap. Mungkin juga sebab kawan kita sepak, kita tahan kaki, kemudian gol. Mungkin juga sebab keeper kita baling, kena kepala kita, kemudian gol. Berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku kan?

Tapi kalau kita main badminton, kita la yang mengawal perlawanan tu. Ketangkasan kita, kesungguhan kita, kelajuan kita, semangat kita dan bermacam-macam aspek lagi yang mamou membuatkan kita menang dalam perlawanan tu.

Dari situ la kita dapat melihat kelemahan dan kekurangan kita. Sebab tu la, dalam tarbiyah, amal fardi amat-amat dititikberatkan. Sejauh mana kita bersungguh-sungguh melakukan amal fardi kita, itu la yang mampu menguatkan kita dalam medan dakwah, dengan izinNya.

Jum perkasa amal fardi!

6 comments:

ijad said...

salam ziarah

195~ said...

Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya akan diraih (dicapai) dengan tarbiyyah. [As syeikh Mustafa Masyhur].‌

Anonymous said...

to ijad,

jazakallah..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Izzati Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Izzati Hashim said...

betul. sangat setuju. hakikatnya, yg telah diuji yg tahu bagaimana ertinya sabar itu (=

by the way, like this post. baru je senior terangkan tentang amal fadhi :)

terima ksh utk perkongsian ^^!