Friday, April 23, 2010

Wahai wanita~




"Wahai wanita, kamu adalah perhiasan. Dunia ini
menjadi indah kerana adanya kamu yg bernama
wanita.

Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul.
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan
kasih.

Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman
dan perbuatan-perbuatan sampai hati sesama sendiri.


Wahai wanita, kamu ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam.

Kamu telah
menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah
keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

Namun kamu yg bernama wanita, mengapa ramai
sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah-tengah
kebuasan lelaki.


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri kamu untuk lelaki yg
kurang perasaan..!!

Tamsilkanlah diri kamu
sebagaimana rama-rama. Keindahan kamu mudah
terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai
daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada
siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai
wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai
lelaki.

Tapi wahai wanita, sayap kamu yg indah itu
pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari
lelaki tatkala dia menyentuh kamu, sebagaimana
sayap rama-rama berpindah coraknya kejari kamu
tatkala kamu menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah kamu tidak berasa rugi? Apakah kamu
tidak berasa apa-apa yg hilang?

Jika kamu seorang wanita sejati, kamu patut berasa
rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga
sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya
keatas tubuh kamu sedangkan dia tahu, dia tidak
berhak berbuat begitu.

Bezanya lelaki dengan
wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa
ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi kamu
pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yg tidak berhak
hinggap di tubuh kamu.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama
sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali
sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak.

Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar
dengan itu kamu dapat memelihara diri daripada
menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin
mencalitkan noda keatas diri kamu.

Apa untungnya
digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar,
kemudian kamu ditinggalkan pergi. Di manakah
nilai kamu setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah
sayap kamu telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri kamu dengan
menjadikan diri kamu berharga. Nilai kamu tentu
terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.

Apalah
ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg
tidak tahu diri.

Kamu sama sekali tidak berharga biarpun tinggi
nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat kamu
sebagai alat.

Tapi kamu ibarat mutiara dipuncak
bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang
sukar sedikit untuk mencari mereka.

Biar terlewat,
sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia
satu dalam seribu.

Sudah tentu untuk mencarinya
payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg
salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup kamu.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus
dosa ke neraka.

Biar hidup seorang dan berenang
menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua dan merasakan diri masih
menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri dan
masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat
bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat
jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg
terang dan indah daripada sang kelkatu yg
menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI
KAMU, KAMU YG MENENTUKAN~

1 comment:

Pencari cinta-Mu said...

Salam ziarah..Terusakan perjuangan..moga Allah berkati anta segala yang dikongsikan..ceria-ceria selalu..=)