Friday, April 16, 2010

Reunion~





Esok sepatutnya ada "reunion" bagi lepasan MA'had Tarbiyah Islamiyah [ MATRI], Perlis, bagi batch 15 @ 15 Commettee.

Aku baru bangun tidur, kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum tu aku nak crita, ha, kayap aku sejak beberapa hari ni mengganas dan menganggu tidur malam aku. Dah banyak doa aku baca, termasuk doa nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api. Tapi mungkin Allah dah takdirkan untuk aku tak tido malam untuk beberapa hari.

Pedih betul, mencucuk-cucuk rasa, kalau pedih je tak pa. Ni aku rasa gelisah, tak senang duduk, asyik nak berjalan je kejenye. Alhamdulillah ada peneman setia. Bagi sapa dah penah kena kayap mungkin tau penderitaan aku. Tapi yang tak kena lagi, moga Allah bagi pengalaman kat kome. Aminn~

Buat masa ni, dekat-dekat subuh baru la aku boleh tido, tu pun dalam pukul 4 pagi. Jadi lepas subuh tu selalunya mata aku berat sangat, aku tak nak tido, tapi baring atas katil je, "tertido" jugak.





Sambung balik,

Aku bangun pukul 11 pagi, sahabat se'akidah', se'fikrah', se'dorm' dulu, se'negeri' dan mempunyai minat yang sama, minat RXZ, telepon aku. Macam tau-tau je aku baru bangun tido. Namanya Abdullah Afifi bin Idris.

Dia crita kat aku, katanya reunion esok tak jadi, sebab ada masalah yang tak dapat di elakkan. Sahabat-sahabat aku yang ambil STAM terpaksa jadi fasilitator. Aku mampu dengar jela. Kesian juga sebab ramai orang-orang utara datang, sahabat-sahabat dari Kedah, Penang, Perak dan tidak ketinggalan Perlis. Tapi Allah izin tak jadi.~

Aku yang mamai cuba memberi idea bernas kepada Afifi, " Hangpa pi la kat U-ONE [ tempat berkumpul pelajar Matri suatu masa dulu], buat reunion kat situ. "

Afifi setuju dengan cadangan aku, " tengok la, esok aku ajak depa pi, tapi kena minta izin kat abg _____ [nama terpaksa dirahsiakan] dulu la. "

Alhamdulillah, bernas juga idea aku.

Aku pun memang bercadang nak pegi, dah 4 bulan aku tak menjejakkan kaki ke Perlis, aptah lagi MATRI tercinta, tapi apakan daya masa sentiasa mencemburui aku.~

Sahabat-sahabat aku pun, merancang nak buat reunion dan ramai yang yang datang, tapi apakan daya~

Cuma satu benda la kita kena ingat, satu benda yang aku suka gunakan dalam menenangkan sahabat-sahabat aku,

" Kita perlu merancang, kita berhak merancang, tapi, dalam masa yang sama, Pencipta kita juga merancang. Yakinlah kita, perancangan Allah lah yang terbaik."

Aku harap, sapa yang susun program ni, sapa yang terlibat, termasuk diri aku sendiri, dan sahabat-sahabat seangkatan, kita jadikan benda ni pengajaran.

Setiap perkara yang berlaku, baik atau buruk, ada hikmahnya, ada pengajarannya tak kira buat diri kita atau orang-orang di sekeliling kita.

Aku harap lepas ni jangan la malu-malu nak buat program lagi, Allah izin, aku akan datang.~




4 comments:

mumtazah said...

wa makaru wa makarallah wallahu khairul makirin...ada hikmah yang manis disebalik itu..begitu juga dlm kehidupan kita..kita rasa itulah yang terbaik kita da buat tapi hakikatnya ALLAH yang lebih mengetahui...apa yang penting kalau terjadi peristiwa camni jangan sedih2...amik peluang ngan wat xtvt lain...related pada seorang daie pon kdg2 kita da target sesuatu dlm diri n tindakan kita tapi klau tak jadi jangan cepat futur..gunakan kekurangan atau kelemahan tu untuk melakukan yang terbaik.jangan cepat putus asa...

don said...

Mumtazah,

Alhamdulillah. Nasihat yang amat2 bermakna. Setiap perkara yang terjadi, yakinlah, ada hikmahnya..

don said...
This comment has been removed by the author.
Aisyah Ulya said...

Syafakallah, Ammar Kecik pun kena kayap.. Ada di rumah sekarang..