Saturday, April 24, 2010

Raikan cemburu seperti baginda~




Makin hari, makin ramai sahabat-sahabat aku yang berkahwin dan akan berkahwin. Hari ni, aku nak kongsi satu perkara yang aku rasa amat-amat penting dalam sesebuah hubungan apatah lagi kekeluargaan
Semoga apa yang ku coretkan mampu menjadi satu pedoman. Cemburu fitrah yang Allah anugerahkan kepada setiap makhlukNya, tidak kira lelaki dan perempuan. Sama saja, tiada bezanya, antara kita, pasti terselit sifat cemburu. Aku rasa cemburu ni bukanlah satu sifat ketidaksempurnaan seseorang, tapi, ianya satu sifat yang kita kena hargai dan semaikan di dalam hati kita.
Tapi, AWAS..!
Jangan biarkan cemburu kamu melebihi batasnya. Andai kamu pernah cemburu terhadap pasanganmu, luahkan padanya, agar dia mengerti, agar dia mampu meraikan perasaan cemburu kamu dan mampu mengelakkan perkara-perkara yang mampu menimbulkan perasaan cemburu kamu.
Jujur saja dalam perhubungan, pasti kamu mengecapi nikmatnya perhubungan. Jangan semata-mata ’sayang’ kepada pasangan kamu, kamu sanggup membiarkan pasangan kamu terus hanyut.
Buktikan kasih sayang kamu, dengan menegur pasangan kamu, dengan kebijaksanaan dan hikmah kamu.. !!
Hurm, hari ni, aku nak kongsi sedikit sebanyak bagaimana baginda Rasulullah meraikan sifat cemburu terhadap isteri baginda. Tak kira samada kamu lelaki atau bergelar perempuan, raikanlah cemburu pasanganmu.

Aisyah radhiyallahu anha adalah seorang wanita pencemburu, hal ini terjadi karena begitu besar rasa cintanya kepada kekasihnya yaitu Rasulullah shalallahu alaihi wassalam.Nah, marilah kita hayati kisah baginda.

Dari Aisyah, bahwa Rasulullah shalallahu alaihi wassalam keluar dari rumahnya pada suatu malam.
Aisyah menuturkan, "Maka akupun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi istri yang lain. Kemudian beliau kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.

"Apakah engkau sedang cemburu?" tanya baginda.

"Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?"

"Rupanya syaitan telah datang kepadamu", sabda baginda.

"Apakah ada syaitan besertaku?' tanyaku

"Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan" jawab baginda.

"Besertamu pula?" tanyaku.

"Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat", jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa'i)


Dari Aisyah, dia berkata, "Aku tidak pernah melihat orang yang pandai masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan bagi Rasulullah shalallahu alaihi wassalam, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu badanku gemetar karena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku memecahkan bejana Shafiyah. Akupun menjadi menyesal sendiri.
Aku berkata,"Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan ini?"
Baginda menjawab, "bejana harus diganti dengan bejana yang sama, makanan harus diganti dengan makanan yang sama" (ditakrij Abu Daud dan An-Nasa'i)


Sedangkan dalam riwayat lain dari Anas bin Malikk radhiyallahu anhu, dia menceritakann, Nabi shalallahu alaihi wassalam pernah berada disisi salah seorang istrinya. Kemudian seorang dari ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu istri Nabi yang berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah.
Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Baginda berkata:"Ibumu cemburu, makanlah."
Maka merekapun segera memakannya. Sehingga baginda memberikan mangkuk yang masih utuh dari istri dimana beliau berada, dan meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah istri yang memecahkannya.(HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)


Hadits senada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam Ash-Shahih, dari hadits Humaid dari Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata," Ada di antara istri Nabi shalallahu alaihi wassalam yang menghadiahkan semangkuk roti dicampur kuah kepada baginda, ketika baginda berada di rumah istri beliau yang lain (Aisyah).
Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga mangkuk itu pun jatuh dan pecah.
Nabi Shalallahu alaihi wassalam langsung memunguti roti itu dan meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, "makanlah. Ibu kalian sedang cemburu."
Setelah itu baginda menunggu mangkuk pengganti dan memberikan mangkuk yang pecah itu kepada Aisyah".(diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i)

Begitupula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah tiba di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau berbulan madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata,"Aku menyamar lalu keluar untuk melihat.
Namun baginda mengenaliku. Baginda hendak menghampiriku, namun aku berbalik dan mempercepat langkah kaki.
Namun baginda dapat menyusul lalu menahanku, seraya bertanya,"Bagaimana pendapatmu tentang dia?"
Aku menjawab, "Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang menjadi tawanan" (ditakrij Ibnu Majah).


Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, "Aku tidak pernah cemburu terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi Shalallahu alaihi wassalam seringkali menyebut namanya.
Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, "Apa yang engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya? Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu".

Beliau bersabda, "Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku" (Diriwayatkan Bukhari)

Aduhai, kecemburuan yang sangat mendalam hanya karena kekasihnya menyebut wanita lain padahal wanita yang disebutnya telah kembali kepada Zat Yang Mulia tetap membuatnya cemburu.
Lihatkan sahabatku, betapa mulianya akhlak Rasulullah terhadap istrinya yang cemburu. Tidaklah baginda mengeluarkan perkataan yang kasar melainkan kata-kata yang haq.
Semoga para suami, para istri dan yang bakal menjadi suami maupun bakal istri,, contohilH sikap dan akhlak baginda, shalallahu alaihi wassalam.
Karena hanya bagindalah sebaik-baik manusia teladan yang patut untuk diikuti dan di contohi oleh semua umatnya. Sebagaimana dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" (Al-Ahzab:21).
Semoga dengan peringatan ini, kamu semua mampu mengingatkan aku suatu hari nanti.. Dengan izinNya..~

4 comments:

Humaira' Abdul Malik said...

Rasa...
Mhn izin, post ni ana link ke dlm CBox, untuk dikongsi b'sama org lain.

siha mawaddah said...

assalamualaikum....post y bermanfaat untuk kita bersama...suhanallah,betapa indahnya akhlak baginda...y harus kita ambil sbgai qudwah hasana...smoga sama2 kita mgamalkan akhlak bginda dalam khdupan harian kita bersama:P*jgn cmburu buta ye adik ku sayang*

don said...

Kakakku,

i.allah, akan ku cuba menjadikan baginda qudwahku. aku adan contohi baginda, kerana hanya pada baginda saja terdapat suri taulan yang baik.

I.Allah, cemburu adan x buta, cuma di menangi syaitan untk marah..

awas ppanahan syaitan!!

moga dengan ingatan ini, kakak mampu ingatkan adan suatu hari nanti..

salam sayang~

Aisyah Ulya said...

Mahu copy post ini ya..

Moga ALLAH sayang anta~