Saturday, April 17, 2010

Nafas Orang Kota~





Aku nak kongsi sebuah lagu, agar sama-sama dapat menghayati liriknya. Suatu masa dahulu, lagu ni aku dengar sekadar melayan lagu-lagu rock klasik seperti lagu seangkatan dengannya. Tapi, semenjak dua menjak ni, aku rasakan lagu Ukays ni macam di tujukan kepada aku.

Cuba perhatikan apa yang ukays ucap kepada aku, aku dengar lagu ni, jadi aku kata ukays tuju kat aku, kalau kome dengar lagu ni, kome kate la lagu nie ukays tuju kat kome yea..

" Dimanakah perananmu,
Untuk pertahankan bangsa agama,
Yang semakin terbiar keranamu, "

Kalau kome nak dengar lagunya, boleh layari youtube, ni linknya,



Hayatilah,


Ukay's - Nafas Orang Kota

Di pinggir lorong kota yang gemilang
Termanggulah seorang oh musafir
Memerhati nafas-nafas manusia
Kelesuan kepasrahan kepenatan

Berbisiklah sang musafir sendirian
Oh inikah dikatakan kemodenan
Sedangkan kejahilan masih ada
Pada diri generasi berilmu bertamadun dan ceria

Di lorong kota itu ada berbagai cerita
Tentang masyarakat yang hilang punca
Mereka berpusuan mencari apa-apa saja
Tanpa hiraukan nasib nusa bangsa oh

Wacana hidupmu bagaikan nista
Disebalik cahaya ada gelapnya
Moraliti keilmuan keimanan
Hanya bersalut dinama melindungi kesamaran dimata

Mengapakah kau sanggup
Mendustai yang anarki
Pandanglah pada alam
Yang semakin huru hara
Dimanakah perananmu
Untuk pertahankan bangsa agama
Yang semakin terbiar keranamu

*Di lorong kota itu masih ada tetamu
Setiap siang dan malam urusan manusia
Maharajalela oh serabutnya
Di lorong kota itu masih ada sendamu
Sedang bersyair merdu terus menyusuri
Oh fantasi ngeri sebelum nafas terhenti
Simpangan kota ini bangkitlah engkau dari mimpi-mimpi


No comments: