Thursday, April 29, 2010

Jangan biarkan ianya sekadar di atas kertas~





Tiba-tiba saya teringat zaman sekolah saya. Zaman sekolah dulu, tiap hari minggu ada ijtima’am [majlis ilmu]. Pelajar sekolah saya ramai-ramai akan berkumpul, dengan sahabat sahibah sekitar Perlis.
Selalunya orang datang ijtima’am ni bawak buku, tapi saya datang melenggang je. Bertangan kosong . Alasan saya mudah, bila orang tanya, saya akan jawab, ilmu ni bukan apa yang kita tulis kat buku. Tapi, apa yang ada dalam dada kita dan kita amalkan. Di sebalik semua itu, sebenarnya saya malas nak bawak buku, pergi dengan niat nak tido je. [ teruk betul don zaman dulu ]. Dah besar sikit ni, bila fikir-fikir balik, " rugi betul aku tak mengutip mutiara-mutiara yang murabbi taburkan dulu. " Namun, apakan daya, nasi sudah jadi bubur, moga ianya jadi pengajaran buat diriku.
Erm, mungkin juga saya terpengaruh dengan kisah Imam Ghazali dengan perompak. Saya ceritakan sikit kat sini, moga sama-sama dapat iktibar. Saya tulis ni ikut yang saya ingat je yea, kalau ada silap tolong la betul-betulkan. Ha, crita dia macam ni.

Layan~
Sewaktu Imam Ghazali pulang dari Jarjan menuju kampung asalnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh beliau.Semua harta yang beliau ada, perompak tu ambik, termasuk catatan ilmu yang Imam Ghazali pelajari dengan berguru dari guru beliau kat jarjan, iaitu Imam Abu Nasir. Tak berhati perut betoi perompak zaman dulu, dengan kertas-kertas pun nak ambik. Tapi, nak banding dengan sekarang, lagi la. Ha, pandai-pandai la fikir sendiri. ~
Kerana terlalu sayang sangat dengan catatan beliau, dengan selambanya beliau berjumpa dengan ketua perompak tu.
” Nak ambik barang-barang aku, ambik la. Tapi jangan barang tu, aku sayang sangat-sangat barang tu”. Iman Ghazali merayu.

Hurm, bila beliau cakap mcm tu, perompak tu pun rasa barang ni mesti barang-barang berharga. Jadi, secepat kilat, dengan kepantasan yang maksimum, perompak tu rampas barang tu dari Imam Ghazali.
Tapi, alangkah kecewanya mereka, sebab barang yang mereka semangat rampas tu, rupa-rupanya hanya lembaran kertas-kertas hitam.
“ Apa ini. Untuk apa engkau simpan benda ni. Tanya perompak tersebut.

“Itulah barang-barang yang tiada akan berguna bagi kalian tapi berguna bagiku,”
jawab beliau.

Perompak itu bertanya lagi. “Apa gunanya, ha, cepat crita kat aku?”

Dengan suara sedih, beliau menjawab. ” Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun. Jika kalian rampas dari aku, ilmuku aku habis dan usahaku hanya sia-sia. ”


” Ni je ke ilmu-ilmu kamu?” Tanya salah seorang perompak.

“Ya,” Jawabnya.

“Ilmu yang disimpan di dalam bungkusan dan dapat dicuri sebenarnya bukan ilmu. Fikirkankanlah nasib dirimu baik-baik.”
Kata perompak itu.

Namun, dengan izin pencipta perompak tersebut, ketua perompak itu akhirnya pulangkan juga catatan tu kepada beliau. [ sejahat-jahat manusia, bila Allah campakkan rasa belas kasihah, tiada siapa mampu mengubahnya ] .Selepas peristiwa tu, beliau terus menghafal seluruh isi catatan tu, dan bila hadiri majlis-majlis ilmu, beliau akan megutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mencatat. Imam Ghazali benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak tu.
Ha, macam tu la crita dia. Kalau kamu cakap aku tipu, tak pa la.
Orang beriman ni, bila dia dengar peringatan atau apa-apa yang orang sampaikan kepada dia, dia tak terus nak bangkang, tak la nak berdebat je. Tapi, dia akan diam, fahami apa yang orang sampaikan. Kalau dia rasa perkara tu dia buat, dia akan cuba baiki. Tapi, kalau dia tak buat, cukuplah sekadar mengingatkan dia.
Bila dah besar ni, aku fikir-fikir balik. Betul ke apa yang aku buat dulu.~
Ingatan aku dah cukup kuat ke bila dengar terus boleh hafal.~
Yang seeloknya, apabila kita pegi majlis apa-apa, fahami betul-betul, tumpukan perhatian apa yang di perkatakan. Lepas tu, tulis sikit-sikit, dan balik tu, baca balik dan hafal. Dengan izin Allah, mudah melekat dalam ingatan kita.

Sama-samalah kita hayatilah nasihat Saidina Ali bin Abi Talib,
”Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.”

2 comments:

ahmad said...

huhu..patutlah selalu pejam mata jek mse ijtima'..rupanya tgh rekod dlm otak ha3

don said...

ahmad,

hehe..jgn la perli ana..ana tengah record dalam otak tu..

ingat lagi baba zakat yg ust omar bg..hehe