Tuesday, April 13, 2010

BICARA PEMBUKAAN~




Aku mulakan bicara dan blog baruku ini dengan perkhabaran mengenai kesihatanku. Sekarang ini aku sedang dirawat di rumahku kerana aku mengidap sejenis penyakit kulit yang amat-amat memeritkankan. Huh, penyakit ini telah menganggu hidupku dalam tempoh 5 hari. Sepanjang masa aku resah dan gelisah, sakit sangat-sangat + pedih sangat-sangat. Penyakitku ini di beri nama KAYAP atau nama saintifiknya KHAYAP.

Macam mana kena penyakit ni aku pun tak tau. Masa aku mandi kat Kolej Jaiputra [ aku bukan pelajar kolej yea, sekadar amik kursus arab di situ selama sebulan] , sedar-sedar bintik-bintik indah dah muncul kat penjuru kat sebelah kiri pusat aku. Nampak indah bersusun, tapi tak menyakitkan sangat. Ha, time ni aku tak tau lagi ni Kayap, jadi aku wat tak tau jela.

Makin hari makin merebak, jadi abang aku saranankan agar aku balik rumah, Alhamdulillah. Setelah tempoh 10 jam dalam bus, aku pun dah penat, akhirnya aku sampai ke rumah aku. Rumah aku kecik je, cuma istimewa sikit sebab ada pintu pagar, tu la yang sahabat aku, Afifi, selalu puji aku.

Dah berehat, tido smpai malam, abah ajak aku pegi klinik, tapi klinik tutup. Pegi farmasi, tokey tu kata aku kena Kayap.

Yang buat aku tersipu-sipu malu, bila dia kata, “ Wow, it’s so beautiful”. Malu aku, tapi aku rasa kalau aku tunjuk kat sini, perempuan-perempuan yang selalu tersenyum kat aku, depa pun geli tengok. Tu la realiti pemuda-pemudi zaman sekarang, bila nak pilih pasangan ramai yang tengok muka. “ Muka ni, kalau hensem macam mana pun, cantk macam mana pun, dah tua berkedut jugak. Licin pun, dah terseret atas jalan tar, huh, cantik.!!!

Tu bukan masalah utama, perempuan-perempuan lain geli tengok Kayap aku pun aku tak kisah sangat, bukan nak kawin dengan depa pun. Masalah sekarang ni, kawan-kawan aku duk call ajak aku pegi “ reunion “ kat sekolah lama aku, MATRI, Perlis. Sedih betul la, dah la 4 bulan tak pergi MATRI. Tak pe lah, Allah izin, kita jumpa, kalau tak besar nanti kita jumpa.

Kita ni kalau kuat macam mana pun, satu hari kita akan sakit jugak. Aku ni pun, kena cucuk nak ambik darah, pitam jugak. Alhamdulillah, aku dapat sahabat yang memahami, dia kuatkan aku, dia berkata kepada aku,

“ ada mafia ni, dah kena tembak banyak kali pun, jumpa lipas terlompat jugak”.

Ni la yang menbuatkan aku agar terus tabah. Terima kasih Abdullah.

Doakan penyakit Kayap aku cepat sembuh.~


No comments: