Wednesday, July 13, 2011

Dakwah ini.



Assalamualaikum semua,

dakwah ini tidak memerlukan kita,
kita yg memerlukan dakwah,
dan dakwah ini tidak pernah hina kerana kita tiada,
dan dakwah ini tidak pernah mulia hanya kerana kita,
kerana dakwah ini milik Allah,bukan milik manusia,

sesiapa yg bersama-bersama dengan dakwah,
Allah akan bersama sama dengan meraka,
dan siapa yg tidak ingin bersama2 dengan dakwah,
sila lah tinggalkan jalan ini,
kerana jalan ini tidak akan pernah sunyi dari Jundullah2 yg pasti akan ditemukan,
sepanjang jalan dakwah ini,

bagi siapa yg hanya ingin menyucar-kacirkan jalandakwah ini,
silalah dengan segala hormatNya turun dari kenderaan ini,
kerana dakwah yg murni ini tidak memerlukan orang-orang sepertimu,

siapa yg ingin berjuang sehidup semati dgn dakwah ini,
dan memberikan seluruh kehidupannya utk mencari keredaan Allah,
mari kita kotakan janji kita,
siapa yg hanya ingin mendapat kedudukan dan glamour,
pergila tempat lain,
sini bukan tempatmu,

Dakwah akan terus bergerak,
umpama arus yg tidak akan bisa ditahan,
walau seluruh dunia menentang,

Sekali lagi aku mengingatkan,
Sekarang bukan lagi masa untuk merangkak dan berjalan,
Bukan masa terhoyong hayang mencari pegangan,
Bukan masa mengesat air mata kerana terasa hati,
Bukan lagi masa untuk bergaduh kerana gula-gula 2bijik,
Namun, Sekarang ini adalah masa untuk Berlari dan terus Memecut..!!!
Wallahua'lam

Ini mungkin yang terakhir.



Mengapa perasaan ini perlu ada? Mengapa perasaan ini tidak hilang begitu saja. Tlonglah, aku nak cinta Allah sebelum cinta manusia.



Friday, June 17, 2011

Cukuplah dengan alasan-alasan kita.







Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sudah terlalu lama rasanya tak update blog. Bila tengok shoutbox, ramai pula yang meninggalkan jejak. Hati sangat meronta-ronta agar menulis sesuatu untuk pembaca. Moga Allah pelihara tulisan ini dari fitnah, dan moga Allah memberi petunjuk kepada hati kalian yang membaca.



Ikhwah fillah,


Jalan-jalan yang kalian lalui ini tidaklah menjanjikan syurga buat kita, tetapi, jalan yang kita lalui inilah, dengan izin Allah akan membuka ruang kepada kita untuk bertemu orang-orang yang soleh.

Membuka ruang untuk kita melakukan kebaikan yang mana dengan kebaikan yang kita lakukan, akan menutup ruang syaitan untuk mengajak kepada kejahatan.

Jalan yang kita lalui inilah yang akan membuat kita merasai nikmatnya mengadu pada Pencipta, merasai nikmatnya air mata buat Pencipta tatkala kepenatan dalam dakwah, kehabisan duit, dilukai, dan tiada siapa yang menyambut seruan kita.



Ikhwah fillah,


Satu persoalan yang suka aku lontarkan buat kalian.

Muliakah kita wahai orang-orang yang ditarbiyah?



Ikhwah,


Tanyalah diri kita.

Adakah kita termasuk orang-orang yang mulia bila berada dalam tarbiyah?

Adakah kita mulia berada di dalam usrah?

Adakah kita mulia menjadi pengerak buat dakwah ini?




Ikhwah fillah,


Ingatkah kita pada ayat cinta yang Allah turunkan buat renungan kita semua, yang mana firman-Nya berbunyi,


“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu”. (Al-Hujurat ayat 13)


Paling mulia = takwa !



Cukupkah dalam hidup kita selama ini hanya ditarbiyah? Alangkah kedekutnya kita, mengikut tarbiyah tanpa mahu mentarbiyah.


Sangat-sangat kedekut, bilamana nikmat tarbiyah yang Allah kurniakan kepada kita, kita tidak mahu berkongsi kenikmatan itu kepada orang lain. Tidak malukah kita?

Lupakah kita pada hadaf (objektif) kita ditarbiyah.


Ditarbiyah = mentarbiyah


Sangat jelas. Itulah tarbiyah kita.

Jadi, mengapa masih mahu beralasan. Mengapa kita masih mahu bertangguh-tangguh dalam mentarbiyah orang lain.




Ikhwah,


Kalau hendak diberikan alasan, banyak sangat alasan yang kita boleh berikan. Tapi inikah nilai tarbiyah kita selama ini. Menghasilkan individu-individu yang hanya reti beralasan untuk dakwah. Ketuk kang !

Pernah satu masa, ada yang berkata kepada aku bahawa dia tidak boleh bawa usrah sebab takda kenderaan.

Come on la, apa guna kenderaan awam kat
Malaysia ni. Bus, ktm, dan yang senagkatan dengannya.

Sumbat je anak-anak buah tu dalam ktm, baru la membesar jadi rijal yang tahan lasak. Nak lagi best, ajak je jalan gi mana-mana.

Ada juga yang beralasan, tak boleh buat kerja dakwah, sebab takda laptop. Alahai, mesti sedih para sahabat kalau tau kita guna alasan macam ni. ~




Bagi aku, semuanya balik kepada asas, atau back to basic kata org putih.


Sama ada kita merasakan dakwah ini satu tuntutan atau pilihan.


Sama ada kita mahu atau tidak, segalanya berbalik pada diri kita.


Semoga Allah menjadikan kita golongan yang bekerja.


*******




Program broga KITA








Taaruf






Rijal buat Ummah





Allahuakbar !


Wednesday, May 18, 2011

Semoga kamu berfikir~






"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

(Surah Al-Baqarah [2]:44)

Monday, May 9, 2011

Aku. Kamu.






Entah mengapa, hati ini teringat dia kembali. Sungguh sukar melupakan dirinya. Tempoh perkenalan yg lama, membuat diri ini tidak menyedari bahawa hati ini sentiasa di kotori maksiat.

Sunnguh aku bukan mahu menyalahkan dirimu. Tapi sekadar mahu agar kita sama-sama berfikir tentang kita. Tidak dinafikan, aku juga sepertimu yg amat berat untuk meninggalkan perkara ini.

Bagiku tempoh perkenalan kita selama tiga tahun bukanlah satu tempoh yang pendek.

Banyak yang kita saling kongsikan. Banyak perkara yang kita belajar bersama. Meskipun hubungan kita hanya sekadar hubungan tanpa lisan sahaja (baca : sms ), tp tetap banyak perkara yang aku pelajari darimu.

Aku sekali-kali tidak akan melupakanmu sebagai seorang individu yang mewarnai perjalanan tarbiyah aku. Yang hanya aku mampu mendoakan, agar Allah akan memasukkan kamu kedalam syurga Firdaus kelak.

Tanpa kita sedari, semakin lama kita semakin dewasa. Yup ! Umur kita muda. Tetapi bagiku, kematangan itu bukan semata-mata faktor usia.

Perhatikan saja dunia ini.

Ramai orang yang merasakan dirinya telah matang (baca : lebih tua ), tapi hakikatnya diri mereka tidak ubah seperti kanak-kanak yang mana sentiasa menangis bilamana di ambil mainan daripadanya.

Mereka merasakan diri mereka sangat matang, walhal pemikiran mereka masih sangat kebudak-budakan. ( Ouh, mcm la aku ni matang sgt~ ^^)

Semakin lama dalam tarbiyah ini, semakin jauh kaki ku melangkah dalam alam tarbiyah ini, aku merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di dalam kehidupan aku terutama dalam perhubungan kita.

Entah mengapa diri ini merasakan seoalh-olah kita sendiri telah tertipu dengan pendangan-pandangan kita.

Aku merasakan bahawa tanpa kita sedari, kita sedang berenak bermaksiat kepada Allah.

Jalan dakwah ini, bukanlah satu jalan yang mudah. Satu jalan yang sangat-sangat mencabar. Kekuatan seorang daie itu tidak lain hanya bersumber dengan sejauh mana dirinya menjaga hubungannya dengan Allah Taala.

Jalan-jalan yang kita sedang lalui ini, adalah jalan yang sentiasa memerlukan wang, tenaga, masa kita. Malah juga amat memerlukan air mata kita, di mana saatnya seorang hamba itu mengau kepada Penciptanya.

Tapi tenanglah kita dengan janji-janji Allah.

" Sesungguhnya Allah telah membeli daripada diri orng beriman itu, baik diri mahupun harta mereka, dengan memeberikan syurga kepada mereka ". ( At-Taubah : 111 )

Aku juga sepertimu yang mana dalam perjalanan tarbiyah ini seringkali kesunyian kerana kadang kala tiada tempat utk aku adukan masalah aku.

Tapi aku juga tidaklah mahu menyalahkan ikhwah yg lain, kerana aku tahu mereka sendiri sibuk dengan kerja-kerja mereka. Di sinlah sebenarnya Allah nak mendidik kita agar sentiasa menyandarkan harapan semata-mata padaNya.

Yakinlah satu masa kelak Allah akan menemukan kamu dengan seorang sahabat yang akan mengambil berat tentang kamu, mendengar masalah-masalah mu, serta membimbing kamu menuju ke syurga. Semua itu akan kamu raih, dengan berusaha menjadi seorang sahabat yang baik.

Bukan kerana membencimu, membuat aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini.

Tapi aku memutuskan hubungan ini, kerana aku amat-amat rindukan saat manisnya bercinta dengan Allah. Aku juga takutkan, agar satu masa kelak saya andai Allah izinkan bersama, aku tidak dapat mencintai kamu kerana tidak mencintai Allah dan RasulNya terlebih dulu.

Aku berharap agar kamu memahami.

*******


Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

" Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman.


  1. Sesiapa yang cintanya pada Allah dan Rasulnya, lebih dari cintanya pada yang lain.
  2. Sesiapa yang cintanya kepada orang lan, hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi.
  3. Ia membenci kembali kepaa maksiat, selepas Allah menyelamatkan (dr kekufuran) sebagaiman benci akan dicampakkan ke neraka. ( riwayat Muslim)

*******

Katakanlah, " Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunidosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. (39 : 53)


Selamat mujahadah duhai diri !

Monday, April 18, 2011

Walau sendiri, aku tetap berdiri !






Kata-kata Al Banna:


“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya.


Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus.


Apabila dipanggil ia menyahut,apabila diajak ia menanggapi.


Datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.


Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya.


Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya , cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.




Sematkan dalam hati, kuatlah dalam perjuangan~

Tuesday, February 22, 2011

Bingkai lalu




Masih segar diingatan aku bagaimana aku mula terjebak dalam gejala ini. Gejala yang mengubah terlalu banyak perkara dalam hidup aku.


Dari seorang budak yang tidak pernah diletakkan harapan yang tinggi ke atasnya, kepada seorang yang mampu membanggakan orang lain terutamanya ibu dan bapa aku.


Sungguh kalau ditanya kepada aku, apa yang membuatkan aku terjebak dalam gejala dakwah dan tarbiyah ini, tak mampu aku ceritakan di mana permulaannya.


Cuma apa yang aku mampu ceritakan, “SUIS” aku mula terbuka ketika aku menjejakkan kaki ke Hidayah, Ipoh.


Walaupun aku tiga bulan je kat sana, tapi kat sana la tempat yang banyak mendorong aku untuk serius dalam pentarbiyahan diri aku dan pentarbiyahan ummah.


Antara babak-babak yang berjaya menyentakkan jiwa dan membuat aku tersenyum bila memikirkannya ialah, bila aku di tanya oleh seorang akhwat tentang cabang-cabang ilmu tauhid.


Masa tu akhwat tu tengah bedah buku Tauhid Zindani.


Aku ni pulak, masa kat MATRI dulu mana la ada ikut silibus Musleh ni. (hakikatnya kalau tak ikut silibus pun, takkan la tak tau lansung kan.


Aku je yang malas ikut program kat MATRI dulu.)


Bila akhwat tu tanya kat aku tentang cabang-cabang tauhid, apa lagi, cuak la aku. Pucat gila muka aku masa tu.


Serius aku blur sangat sangat sangat. Bila akhwat tu tengok aku pun macam terkulat-kulat je nak jawab, dia pun suruh la aku duduk.


Mualimah Zaiton pulak perli-perli aku. Dia cakap, “ Cabang tauhid pun tak tau Ramadhan, bahaya sangat ni”. Respon aku lak, tunduk jela. =.=”


Nak buat macam mana mualimah, ana ni kat MATRI bukan orang yang hebat, reti banyak teori-teori ni. Setakat nak bagi tazkirah, “ dari mana kita di datangkan, kenapa kita di datangkan, dan ke mana kita akan kembali ” tu tau la.


Tu pun sebab Ahmad Azhar dengan Ridha di tambah Malik selalu ulang-ulang masa perhimpunan. Sikit sebanyak tau la juga.


Masa tu pun aku baru nak nak mula belajar tentang tarbiyah tu apa? Dakwah tu apa? Sepuluh muwasofat yang terpampang dalam kelas pun, selamba je aku tanya kat mualim Zul, benda apa tu.


Alhamdulillah, Mualim Zul pun selamba jugak.


Tapi tu la penyusunan Allah pada hambaNya. Walaupun kita ni selalu buat dosa, walaupun berpuluh-puluh kali bertaubat, pastu buat lagi, Allah tetap sayangkan kita.


Walaupun kita ni banyak buat maksiat, banyak buat benda lagha, tak serius buat kerja dakwah, tapi Allah bagi juga kita rezeki, bagi juga kita hirup udara percuma, bagi banyak sangat lagi nikmat kat kita.


Pada akhwat tu pula, bagi dia soalan dia tu mungkin biasa-biasa je, tapi bila Allah nak buka pintu hati seseorang tu, kita pun tak tau masa bila kan?


Aku rasa mungkin malam tu akhwat tu ada solat tahajud, tilawah satu juzuk dengan sempat solat dhuha kot pagi tu. Moga Allah kurniakan syurga tertinggi pada kamu.


Hari ni dengan penyusunan Allah terhadap peristiwa yang memalukan aku tu, aku tak lagi kekok nak sharing kat depan orang ramai, aku tak kekok nak buat sesuatu untuk islam.


Aku tak malu nak bawak usrah, kalau tak tau pun cara nak bawa usrah, aku boleh tanya kat orang. Tarbiyah tu kan mendidik kita agar bertanya kalau tak tau sesuatu.


Dan hari ni, aku sedikit pun tak akan merendahkan diri aku kepada ikhwah dan akhwat. Prinsip aku mudah je, tak tau maka tanyalah.


Bila dah tahu amalkanlah. Bila dan amal, sebar kanlah. Barulah boleh jadi orang yang faham akan sesuatu benda.


Kita hebat bukan pada teori kita, tapi hebat dengan amal kita. Beza kita, TAKWA cuma~


**********


Artikel ni takda kena mengena dengan kesukaan hati untuk memperkatakan tentang akhwat, melainkan hanya mengenang permulaan kepada sesuatu yang besar.


Harap tiada pihak yang tersinggung dan mendatangkan fitnah. Sekian.



**********




Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini

Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman

Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan

Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa

Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah